Friday, March 30, 2012

Hari terakhir di SRA Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim

Oh, syahdunya.  Hari ini hari terakhir aku mengajar dan mengabdikan kenangan di SRA Rantau Panjang, Bestari Jaya. Aku sedih.  Sedih sebab kena tinggalkan sekolah ni. Buat pertama kalinya, aku dapat merasakan diri aku sangat dihargai sebagai seorang pendidik di sekolah ini, walhal, aku pernah mengajar di dua buah sekolah lain sebelum ini. Ustaz dan ustazah yang terbaiklah. Disini aku ingin dedikasikan sedikit mutiara kata yang berharga paling mahal didunia untuk Ustazah Shamsiah, guru besar paling sporting, Ustaz Shahrizal, Ustaz Ishak, Ustazah Rahimah, yang sudi menumpangkan aku ke skolah setiap hari, Ustazah Jumaiyah, Kak Ijan, Kak Lin, Kak Jijot, Kak Yana dan Kak Pani. 

''Terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar selama 25 hari saya berada di SRA Rantau Panjang. Makan minum yang terlebih terkurang mintak halal ye semua. Akak-akak semua memang best lah. Bak kata boboboi ''terbaik'' :). Saya akan doakan kalian semua sentiasa dalam perlindunganNYA dan sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah subahanahu wataala. Saya juga akan mendoakan yang terbaik untuk SRA Rantau Panjang. InsyaAllah. Terima kasih banyak-banyak semua, jasa yang kalian berikan amat saya hargai. Pasti rindu kat semua.''


Entri yang lepas, aku ada ceritakan tentang aku hadir temuduga, nak tau KLIK SINI dan Alhamdulillah, semalam dapat jawapan yang aku diterima masuk di Kafa ini sebagai guru. Bersyukur sangat-sangat. Minggu depan, aku mula mengajar di KAFA Integrasi Masjid Al-Falah di Subang. Aku kena buat sesi ta'aruf / perkenalan diri lagi dengan guru-guru yang akan aku jumpa kat sana. Hmm. Timba pengalaman baru, kumpul ilmu baru, dapat kawan baru, sekoalh baru, murid-murid baru dan semuanya baru lah, hehe. Aku berharap, semoga guru-guru disana dapat menerima segala kekurangan dan kelemahan diri ini. Manusia kan. ^^, .

Oklah, nak berkemas-kemas pakaian untuk sesi perpindahan rumah. 
Oh tidakkkkkkkkkk ! 
Nanti mesti rindu kat rumah. Haiya....

Ok, Bai, Assalamualaikum.


4 comments:

Kancil 8349 said...

wah....pindah rumah baru ke

Kancil 8349 said...

good luck

Kayu Manis said...

salam cikgu.

semua serba barulah ye..

semoga semua di permudahkan.

Nurul Farhan said...

penah rse sedih jgk, time hbes praktikal di SRA jalan kebun thun lepas. waktu tu mmg sedih sgt nk berpisah dgn student..

btw, slamat utk bkerja di tempat yg baru..dan semua yg baru2 tu lah.. he2 =)