Sunday, March 25, 2012

Temuduga

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, harini aku pergi temuduga dekat KAFA INTEGRASI MASJID ALFALAH di Subang. Malam tadi bersengkang mata nak ulangkaji hukum-hukum tajwid, feqah, tauhid dengan sirah. Dan kebiasaanya penemu duga akan tanya soalan basic agama macam ni kalau nak mengajar di sekolah agama. 

Ok, aku gerak dari rumah pukul 7 pagi, sampai sana 7.50 pagi. Dengan bantuan akak dan abang ipar serta ditemani oleh emakku yang tercinta aku pun bersiap sedia untuk ditemu duga. 

Pada mulanya, aku biasa je, macam takde perasaan. Bila nama dipanggil, hah mula lah aku macam cacing kepanasan. Nebes wei nebes tak abis abis. Sejuk je tangan. Dan aku pun mulakan kan menjawab soalan penemuduga dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim. 

Bila keluar dari pejabat tu. Fuhhhh, lega, senyum tak habis habis. :)

Lepas habis temuduga tu, aku, emak tercinta, akak dan abang ipar beserta anak buah aku pegi shopping baju raya kat PAS(plaza alam sentral) dengan SACC Mall. Murah-murah. Cepat-cepat sebelum terlambat. Raya nak dekat. Hihi.

Dan untuk sekarang ni, aku hanya perlu menunggu untuk 7 hari sahaja. Jikalau menerima panggilan dari pihak sekolah, maknanya bersiap sedialah untuk mengajar di sekolah baruuuuuuuu. InsyaAllah.

Doakan saya.
Terima kasih. Assalamualaikum.

6 comments:

Kayu Manis said...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Thanks follow :)

Anonymous said...

Good luck dear and all the best. Insyallah dapat tu. :)

Fiza Nurani said...

Amin amin amin. Terima kasih semua kerana memberi sokongan :) haruslah love ~

Kakzakie Purvit said...

Langkah awal dik... kakak doakan yg terbaik moga impian yg baik akan terlaksana amin...

eikynsilent said...

mudah mudahan dapat mengajar di tempat baru :)
amin . heee.

Fiza Nurani said...

aminnnn