Thursday, April 26, 2012

Pemantauan JAIS ke SARMAF


Bismillahirrahmanirrahim

Setelah seminggu rakan sejawat aku bertungus lumus berhingus, akhirnya waktu yang dinanti-nantikan telah pun tiba.

Tadaaaaaaa ! Pihak atasan JAIS ‘’Encik Zaidi ‘’ dan 5 orang lagi rakan mereka telah meredah masuk ke sarmaf dengan sopan santun serta berhemah ke sekolah untuk membuat pemantauan tentang pengurusan sekolah, fail segala fail, mengecheck rekod segala rekod yang ada untuk diberi markah perseratus.

Waktu aku sampai sekolah, seperti kebiasaannya aku akan masuk kedalam pejabat untuk tekan kad atau lebih dikenali sebagai punch card, then aku akan ambil buku rekod kedatangan pelajar dan buku tebal duaplo inci iaitu buku Rancangan Mengajar. Tapi waktu aku tengok dekat rak tempat biasa aku ambil buku tu, KOSONG ! Hah, sudah, mana semua buku-buku ni. Kemudian, aku nampak sorang pegawai JAIS, Encik Zaidi, sedang memeriksa buku-buku tersebut. Kebetulan, buku Rancangan Mengajar bernamakan ‘aku’ yang pegawai JAIS tengah periksa. Dah la ada yang tak siap. Berkocak jantung limpa, tapi hati buat-buat cool. Lepastu ada beberapa perkara yang tak siap, dia suruh setlle kan secepat yang boleh. Dan aku sedih, tengok markah aku lapan perseplo. Dalam kategori baik la katanya. Hampa. Namun, aku bersyukur.

Aku melangkah keluar dari pejabat dengan seratus senyuman, terus pergi kantin beli makanan untuk mengisi kantung perutku yang dah berkaroke macam katak bawah tempurung  ni dengan nasi di kantin Pak Wahab.

Dan untuk kesimpulannya, pengurusan sekolah SARMAF ini masih di tahap yang baik, belum boleh meningkat ke tahap cemerlang. insyaAllah, guru-guru SARMAF akan buat yang lebih  terbaik pada  setiap hari, ketika, jam, minit dan saat. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan. Aminnn. 

Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.
 Assalamualaikum.



No comments: