Friday, May 12, 2017

First post 2017 : SALAM NISFU SYA'BAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

11 MEI 2017
14 SYA'BAN 1438 HIJRAH


Semua tahu ke apa tu nisfu sya'ban ? Nisfu sya'ban ni maksudnya pertengahan bulan sya'ban. Allah bagi peringatan sebab nak masuk bulan Ramadhan dah. So, korang dah ready ke nak sambut puasa? 

Dalam bulan sya,ban ni, kita di sunatkan berpuasa. Ianya sebagai persediaan bagi menyambut Ramadhan. InsyaAllah, ianya bukan wajib, tapi ada satu hadith shahih bersabda "dalam banyak banyak bulan hijri, paling banyak nabi berpuasa di dalamnya adalah bulan sya'ban", haaaa oleh sebab tula kita disunatkan berpuasa.

Malam semalam kan nisfu sya'ban, cuaca cantik sangat sampai ke hari jumaat ni. Fadhilat untuk semalam salah satunya adalah MALAM MUSTAJAB DOA, YANG MANA ALLAH BUKA PINTU RAHMAT DAN AKAN MEMAKBULKAN DOA HAMBANYA YANG BERIMAN. 

Ya Allah, beruntungnya sesiapa yang dapat bangun 2/3 malam semalam. T.T

La tahzan, hari hari kita boleh berdoa, Allah sentiasa menerima doa hambanya kan :) Hari jumaat pun ada satu masa tu Allah akan makbulkan doa hambanya. Jadi, jom banyakkan doa yang baik baik untuk diri sendiri, keluarga dan seluruh umat islam di dunia pinjaman ini. 

Terima kasih Allah, atas nikmat yang tidak putus. Semoga kita semua dalam perlindungan Allah. Aamiin.

jom cari REDHA ALLAH <3 font="">

No comments: