Tuesday, August 23, 2011

Korang Dah Buat Kuih Raya ?

Alhamdulillah, pejam celik bagun sahur, kita sudah pun melepasi Ramadhan yang ke 23. Bagi umat islam yang berpuasa penuh, diucapkan tahniah, dan bagi mereka yang tak penuh tu, pandai-pandailah cari mase untuk ganti ye, hehe.

OK, seperti tajuk entri diatas, KORANG DAH BUAT KUIH RAYE KE ?

Start semalam, lepas adik-adik dan mak aku balik dari sekolah diorang, masing-masing cerita pasal mak kawan diorang semua dah buat biskut raya. Ada yang dah siap 5/4 balang, 3/2 jenis biskut yang family aku ni, 1balang pun takdak lagi. Sebab apa? sebab keluarga kami sempoii~ kan mak kan.. hehe ..

Oleh kerana keluarga kami sempoiii, baru petang ni Mak dengan Abah nak pegi belanja barang-barang dapur, almaklumlah, mereka berdua mencari rezeki untuk mengindahkan lagi keluarga kami ini, sebab tu la, aku sayang Mak dan Abah aku. Ok, petang ni aku ikut sekali, saje nak memeriahkan perbelanjaan mereka berdua. kehkeh.

Dan aku tahu, pada keesokan harinya, selepas pembelanjaan dibuat, PASTI aku akan disuruh melaksanakan tanggunggjawabku sebagai surirumah sepenuhh masa. OH TIDAKKKKK !

Korang tahu tak ape tugas aku nanti ?
Nantikan diepisod akan datang .
sobsobssss ~

No comments: