Sunday, June 19, 2011

.: KAMIL :.

Assalamualaikum wbt .

Kaifahalukum ? Kaifasihatukum? fahimtum ? hehe .

Wah, dah lama tak speaking arab ni . Harap-harap vocab tak hilang bila diperlukan . hehe .

OK, ni nak KONGSI . Bagi SRA atau Sekola Rendah Agama di bawah Jabatan Agama Islam (JAIS) , setiap sekolah wajib menyertai/menghantar/mewakili setiap aktiviti kurikulum yang telah ditetapkan oleh jabatan . Ia dikenali sebagai KAMIL iaitu Kemahiran Amal Islami . ( sape yang dah jadik cikgu, pak ustaz dgn ustazah mesti tahu kan ) .

Nak dipendekkan cerita, SRA IJOK ( sekolah praktikal aku ), telah menghantar seramai 65 orang wakil dalam KAMIL peringkat zon . Almukhtawa dalam program ini, seperti nasyid, marhaban, tajhiz jenazah, syarahan, hafazan, pidato, kutbah, bercerita, muhwwarah, tilawah, azan dan khat . Apa yang aku lihat dan perhati, mereka sangat berbakat dan sebab itulah mereka MENANG !! hehe .. Alhamdulillah, hampir kesemua penyertaan dikaut oleh SRA IJOK . Tahniah !!

Pada keesokan harinya, SRA IJOK telah menghantar seramai 40 orang wakil dalam KAMIL peringkat DAERAH . Wau, aku sangat berbangga sekali . Tak putus-putus aku ucapkan taniah kepada mereka yang terlibat . Walaubagaimanapun, guru-guru sekolah aku ni sedikit berdukacita kerana tiada seorang wakil pun dari sekolah ini meneruskan bakat mereka pada peringkat negeri . Tetapi, tidak mengapa . Bagi aku, bagi GB dan bagi pak ustaz dan ustazah disini, mereka adalah juara ! teruskan bakat yang ada untuk mencapai apa yang ingin diperolehi . Aku doakan semoga korang-korang yang telah menjadi insan terpilih ini akan terus menerus (ade ke ayat ni) mengasah bakat yang terpendam agar suatu ari nanti anda akan menjadi seorang insan yang berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang . Mudah-mudahan ... :)

[ diantara wajahwajah cemerlang - ALIA IZORA - ]

tahun depan tak dapatla aku nak join KAMIL ni lagi ..

sedihnye ustazah ... :'(

No comments: