Wednesday, April 13, 2011

.: disiplin pelajar sekolah semakin merosot :.

TOPIK PAGI RABU 13 April 9 Jamadilawwal: "DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH SEMAKIN MEROSOT: Apa Puncanya?"
19 minutes ago · · Dislike ·
  • 13 people like this.
    • Salmiah Mohd Norin Pihak sekolah dan ibubapa perlu bekerjasama demi masa depan pelajar itu sendiri. Jika di rumah ibubapa displin dalam mendidik anak2 dan pihak sekolah juga berperanan yg sama tegas dlm mendisiplin pelajar2 insyaAllah mereka tidak akan rasa diabaikan.
      15 minutes ago ·
    • Zalinda Zalbahar ilmu tanpa amal sia2...banyak ilmu tapi tak mendatangkan amal juga sia2..
      15 minutes ago ·
    • Syurga Cinta sy dulu pernah jadi pengawas skolah,pd pendpt sy,antara puncanya pelajar ni x hormat guru,diorang x endah pd arahan guru,lepas tue,diorang x takut pd hukuman yang akan diberikan,jadi peraturan di skolah perlu dikuatkuasakan dan dilaksanakan agar pelajar x ambil ringan pasal hal disiplin
      14 minutes ago ·
    • Syafiq Fikri pandangan saya, pembentukan disiplin di sekolah sangat singkat masanya kerana para pelajar lebih banyak masa di rumah, bersama keluarga. jadi pucuk pangkalnya adalah di rumah kerana keluarga adalah suatu institusi kecil tetapi besar pengaruhnya dalam membentuk peribadi anak-anak.
      13 minutes ago · · 2 people
    • Liyana Rosli bismillah...pendapat sy, segalanya bermula di rumah. didikan dan asuhan di rumahlah yg mula2 membentuk peribadi seseorang pelajar...dan sikap dan akhlak inilah yg dibawa ke sekolah...dlm erti kata lain, disiplin di sekolah, mencerminkan disiplin di rumah...
      12 minutes ago · · 2 people
    • Muhammad Fakhruddin Pelajar perlu diberi kefahaman oleh guru mengenai matlamat keberadaannya di sekolah. Mereka perlu dibimbing agar potensi mereka digunakan sepenuhnya, baik di bidang akademik mahupun kokurikulum. Ibu bapa tidak wajar menswastakan 100% pendidikan anak-anak kepada pihak guru dan sekolah. Pendidikan yang sebenar bermula daripada rumah, terutamanya menyentuh soal ibadah asas seperti solat da puasa serta akhlak.
      12 minutes ago ·
    • ุงู…ูŠู†ู‡ ุงุญู…ุฏ kurang didikan agama serta teguran dari ibu bapa serta guru dan juga masyarakat...
      11 minutes ago ·
    • Liyana Rosli tp, tak semua kes disiplin disebabkan faktor tu,...salah satu faktor shj...itu sekadar pandangan...
      11 minutes ago ·
    • Saya Mawar Kesibukn ibu bapa mncr rzk mybbkn kbykn anak2 trabai dr segi dsiplin n pelajaran.. Pegaruh internet juga xketgalan.
      11 minutes ago ·
    • Nur Islah keruntuhan institusi keluarga.. ibu bapa sibuk mengejar kemewahan dunia..sampai lupa membimbing anak untuk membezakan antara yang yang betul dan yang salah..
      11 minutes ago ·
    • Abd Khalil Abd Rahman Mungkin berpunca dari dari keluarga yg tak berapa nak mengambil perhatian kpd anak..sibok..dan tiada langsung dididik kearah pendidikan Islam..pengaruh kawan sekeliling..
      10 minutes ago ·
    • Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi Kurang tarbiah islamiah...Guru-guru perlu ditarbiah terlebih dahulu sebelum mentarbiah pelajar..
      10 minutes ago · · 1 person
    • Mohamad Fakhruddin Pendapat saya, mengapa disiplin sekolah makin teruk?
      Ia berpunca dari masalah yang bawa dirumah. Mengapa?
      Kerana kebanyakan ibu bapa hari ni terlalu mengharapkan pendidikan sekolah. Pendidikan di sekolah berapa lama sangat? Padahal pendidikan dari ibu bapa itu yang menjadi yang utama. Saya lebih salahkan cara pendidikan ibu bapa di rumah berbanding di sekolah.

      Apa2 pun hidayah milik Allah.
      9 minutes ago ·
    • Adibah Bakri assalamualaikum..sekadar pendapat peribadi..bg saya,smuanya bermula di rumah..bila kt rumah x dididik dgn disipln yg betul,akn effect la peribadi sseorg kt luar~ibu kn sekolah pertama bg anak2nya~bgaimana cntiknya didikan di sekolah pertama,akn cantiklah kperibadian seseorg di mna2 sja..
      9 minutes ago · · 1 person
    • Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi bukan skadar guru2, ibu bapa pun sama..
      9 minutes ago ·
    • Hurriyyah Zul melentur buluh biarlah dari rebungnya..didikan ank2 brmula dari kecil lagi..rasa cinta dn takutkn Tuhan dipupuk dari kecil...
      9 minutes ago ·
    • Nuar El-Ummar
      Assalamualaikum, selamat pgi kpd Dj IKIM, pd pndgn sy displin pelajr merosot, mgkin disiplin d'sek d'kurgkn, @ d'denda tidk spt zmn dhulu..mgkin guru2, tkut mngmbil pernan krn bimbg ibu bapa b'tindk mnyalahi guru, skiranya btndk merotn sdmikian, mnjdikn peranan guru juga kurg tegas utk mngigatkan pelajar tentg peraturan d'sek.. so seolah2 pelajar d'beri peluang @ kebebasan dgn denda yg d'kenakan scr x tegas.. puncanya pelajar brtindk ganas.
      8 minutes ago ·
    • Mencari Sakinah
      dalam hal ini semua pihak memainkan peranan. didikan ibu bapa sejak kecil (bermula selagi dalam perut), pemantauan lanjut tentang aktiviti anak-anak dan dengan sipa mereka berkawan memainkan peranan. kemudian peranan guru-guru di sekolah, mereka sewajarnya menjadi contoh yang baik dan menganggap pelajar& murid seperti anak sendiri akan membuatkan mereka menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan lagi.. seterusnya pihak kerajaan, perlulah menapis setiap rancangan kartun, drama, dan apa-apa rancangan yang ingin disiarkan di televisyen. ini kerana, audiovisual sangat memberi kesan terhadap minda kanak-kanak dan remaja. Justeru untuk melahirkan generasi anak-anak yang berdisiplin bermula daripada diri kita sendir.. kita yang sepatutnya berubah dan menjadi contoh tauladan untuk anak-anak kita. =)
      8 minutes ago ·
    • Hurriyyah Zul umpama sebatng pokok..jika ia rosak..tgklah pada akarnya..
      8 minutes ago · · 1 person
    • Mohd Rosdi Abdul Samad sistem dalaman diri (hati)tak berfungsi dgn baik
      8 minutes ago ·
    • Zaiazwa Ab Puncanya disiplin pelajar semasa dirumah tidak diterapkan, maka pelajar tidak mengenal apa itu disiplin. Setiap peraturan itu dianggap satu kekangan dan seolah paksaan kpd mereka, maka perkara ini akan mudah berjangkit diantara sesama pelajar
      8 minutes ago ·
    • Serikandi Sufi
      Pagi=D ..Salah satu faktor adalah berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri untuk menilai yang mana baik dan buruk. Ibu bapa wajar memainkan peranan utama dalam memberi didikan agama dan kasih sayang dan pada masa yang sama memantau anak2 mereka. DI sekolah pula, para pendidik harus ambil inisiatif dengan menekankan aspek nilai2 islam dalam diri pelajar dalam sesi pembelajaran agar mereka lebih memahami keperluan hidup sebagai seorang muslim. Tambahan pula, pelajar2 lebih terdedah dengan budaya hedonisme dan persekitaran yang tidak sihat. Pilihan di tangan anda!
      8 minutes ago ·
    • Mohd Zaid Practising islamic way is the solution.
      7 minutes ago ·

antara punca-punca murid kurang berdisiplin . aku tak tahu la nak kata apa . bila cikgu kata semua punca dari didikan dirumah, yang paling dekat, ibu dan bapa . nanti ibu bapa pula kata, punca dari sekolah . example : '' aku dah bayar kat hang, hang jaga la anak aku " . hmm, apa nak kata tak tahu la . masing 2 menyalahkan antara satu sama lain . tapi kes ni tak boleh bagi-bagi ja kat orang . kita kena tengok peranan kita sendiri as a student 0r teacher 0r parents 0r friends . tak kira la apa-apa pun berbalik pada sikap/attitude kita sendiri . kalau baik, baik la kita . kalau jahat, jahat la kita . kan . apa pendapat anda mengenai tajuk yang dibincangkan ?

selamat berkongsi idea
ok, Assalamualaikum~

No comments: