Saturday, March 12, 2011

.: ha? khawin ! biar betul ! :.

12 mac 2011

aku telah disunting oleh seorang lelaki yang tidak aku kenali .
ibu bapaku menerima pinangan itu dengan senang hatinya,
semasa majlis perkhahwinan berlangsung,
aku sangat sedih kerana tiada seorang pun sahabat - sahabat aku yang datang..
huh, rupa bakal suamiku tidak seperti ciri-ciri yang aku idamkan..
sangat2 tidak menepati, namun bagaimana hendakku menolak,
demi menjaga hati orang tuaku, aku menerima dengan seadanya,
aku tidak mahu menjadi seorang anak yang derhaka..
aku tidak tahu apa sebenarnya perasaan aku pada hari itu .
selepas hari perkhahwinan itu berlangsung,
aku dan suamiku tinggal disebuah rumah, tak tahu la rumah ape tah,
yang penting, peralatan, penyusunanye seperti di bilik aku sekarang,
di hostel kuis.. ha? keciknye.. !!
disebabkan suamiku meminati benda2 yang besar2 seperti speaker,
aku menempatkan ia dibahagian hujung, then,
disebelahnya aku siapkan meja khas untuk meletak peralatan 'baby'.. (tidak!!!)..
keesokan harinya, selepas menghantar suami pergi kerja,
aku berborak dengan ayah, emak dan adik2..
sedang berborak2, ayah aku menyuruh aku mengambilkan wafer
untuk adik ku untuk dibawa kesekolah, kemudian aku bangun..
zapppp !!!! aku terbangun dari tidur.. ces ! mimpi rupanya..

selepas bangun sahaja,
aku terus menceritakan mimpi seram ini kepada sahabatku,
sedih sangat, then mereka bilang
" ha? tu la hang, sapa suruh tidoq pas subuh, kan dah kena oleh godaan syaitan nirrajim " .. huhu..

oh tidak ! mainan tidur sangat ku - anti buat mase sekarang !

p/s: kepada mereka diluar sana, jangan la tidur selepas subuh, ia bukan sahaja memudharatkan, malah ia sangat tidak dituntut oleh islam..

renungkanlah, fikir2kanlah..
chow, Assalamualaikum ~

3 comments:

SHAHIDA SHIDA said...

lain kali lepas bangun tido terus mandi then buat kerja...
padan muka...

Fiza Nurani said...

haha.. macam aku punya cerita tak penah buat je.. hehe

FiEy-Qa??? said...

hehheheh...lwk2...=p