Tuesday, August 24, 2010

.: kertas kerja :.



KERTAS KERJA

NAMA PROGRAM :

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT (PSA)

TEMPAT :

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINTANG UTARA,

TAMAN SHAMELIN PERKASA,

55100, KUALA LUMPUR.

ANJURAN :

PERSATUAN MAHASISWA/I PENDIDIKAN

(UNIT PERUNDINGAN DAN SOSIAL)

1.0 PENGENALAN

Program sekolah angkat ini diadakan adalah dibawah unit Perundingan dan Sosial dan ia merupakan salah satu unit kecil dibawah Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Pendidikan, dimana unit ini akan sentiasa berhubung dengan masyarakat luar bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama insan.

Selain itu, program ini merupakan persediaan awal bagi bakal pendidik merasai dan melatih diri mencari pengalaman serta mengenali rencah pelajar yang akan dihadapi ketika menjadi guru terlatih di sekolah suatu hari nanti.

Program ini juga merupakan salah satu teknik untuk menarik minat pelajar untuk terus maju kehadapan untuk mencapai kejayaan di dunia dan diakhirat berlandaskan al Quran dan al Sunnah.

2.0 OBJEKTIF

Tujuan Program Sekolah Angkat ini dijalankan adalah seperti berikut :-

i. Merapatkan hubungan silaturrahim antara bakal pendidik dengan pelajar.

ii. Melatih bakal pendidik untuk bersedia awal bagi merasai bagaimana cara untuk mengatasi pelajar disekolah.

iii. Memberi peluang kepada pelajar mengetahui dan mengenali Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor dengan lebih dekat serta mengetahui corak hidup IPT.

iv. Menyuntik semangat dan kesedaran kepada pelajar untuk mencapai kejayaan seterusnya melangkah ke menara gading.

3.0 TEMPAT PROGRAM DIJALANKAN

Sekitar sekolah dan diluar sekolah jika memerlukan aktiviti luar.

4.0 SASARAN PELAJAR

Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara.

5.0 PENUTUP

Dengan mengadakan program sekolah angkat ini bakal-bakal pendidik akan menjadi lebih teransang untuk lebih maju kehadapan dan sentiasa berfikiran positif dalam melakukan setiap perkara. Diharapkan, program ini dapat dijyakan dengan penuh kesungguhan dan mendapat sokongan penuh dari Fakulti Pendidikan serta Pentadbiran Kuis.

Selain itu, dengan adanya program ini diharapkan tercapainya objektif yang dirancang serta dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap individu, masyarakat dan Negara. Semoga niat murni ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt. InsyaAllah.


Disediakan oleh,

…………………………

NOR HAFIZAH BTE RAMLAN

Tim. Exco Unit Perundingan dan Sosial

Persatuan Mahasiswa/I Pendidikan(PERMAPEN)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Disemak oleh,

……………………….

AHMAD ZAKI BIN OSMAN

Ynag Di-Pertua,

Persatuan Mhasiswa/I Pendidikan (PERMAPEN)

Disahkan oleh,

……………………

USTAZ MOHAMAD FUAD BIN ISHAK

Dekan,

Fakulti Pendidikan,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

No comments: