Saturday, July 10, 2010

.:MUTIARA:.



Pertama telah kupandang
makhluk yang banyak ini,
maka aku saksikanlah bahawa,
tiap2 mereka mempunyai kekasih
dan kecintaan tempat hatinya tertambat.
sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi
hingga ke sakit yang membawa maut,
dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.
setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan
ia terbaring seorang diri.
Tak seorang pun jua yang turut masuk ke kubur
dan menghiburkan di dalamnya.
Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh.

Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak akan meninggalkan aku seorang diri'

-imam Al-Ghazali-

No comments: